Tuesday, November 29, 2011

maal hijrah

malam ni tak sempat buka kitab..cerita hijrah, suraqoh bin malik dan ekonomi di madinah. minggu depan diminta cerita bubur asyura

Monday, November 21, 2011

samapi m.s. 11

minggu ni naqis khams.. Allahummar zukna. kata imam ghazali pada permulaan kitab bidayah

Sunday, October 30, 2011

HABIS TAJUK FADILAT ILMU BERGUNA

Alhamdulillah habis abe lie baca sampai fasl fi fadhilat tolibil ilmi. lepas raya haji sambung fasl baru. lewat juga tamat pengajian iaitu jam 8.30 malam. isya jam 8.04.
persoalan kopi tahi musang dijelaskan. soalan korban dan akikah banyak dicungkilkan oleh pendengar.

Monday, October 24, 2011

Sunday, October 16, 2011

m.s. 5



Alhamdulillah.malam ni ramai yang hadir. ada 4 orang yang bawa kitab. hanya abe lie seorang sahaja yang berani baca. bacaan sampai barang siapa yang tidak belajar tasauf mati dalam maksiat.

makan meehoon dan tea o.sembang panjang juga dengan pak cik ali driver. tuku susu kimi 30.90, mama 21.20, minyak 2.50. labok no miatain wa asyarah lizzauj ula.

Sunday, October 9, 2011

Kuliah Pertama Selepas Meninggalnya Mak Aji

Minggu lepas tak dapat datang kerana hadir program KWAMP SMKB yang aku kena jadi tukang imam isya dan tukang doa.. tapi hampehhh je tak de pun slot doa. Terkilan sangat. Abang man anak mak Aji bertubi2 telefon agar dapat juga datang untuk tahlil 3 hari maknya. Tapi kerana perjawatan mengekang agar aku mendahului program sekolah.

Minggu ini aku mula pembacaan kitab Hidayus Salikin. Abe lie baca sampai muka surat kedua..iaitu kitab Hidayatul Salikin petikan dari bidayah hidayah. Sebelum memperkenalkan nama kitab-kitab lain yang boleh dijadikan panduan dalam ilmu tasauf. kehadiran agak memberansangkan walaupun asalnya hanya 3 orang.aku abe lie tok bilal dan seorang muslimah. tapi bila dah mula mengajar datang lebih kurang 20 orang dari surau jiran dan juga yang turun dari rumah termasuk pak da abe din mak aji dan lain2..abe lie goreng mee dan kak aji goreng meehoon.abe lie bungkus 3 bungkus sisa untuk keluarga dirumah yang tak dapat turut serta maghrib terlalu awal.703 minit . abe lie bagi duit zakat 50 ringgit dan abe man bagi duit minyak 65 ringgit.. Aku masukkan dalam PB 300 di perjalanan selepas beli sabun RM15.

INNA LILLAH WA INNA ILAIHI RAJIUN..

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali .. telah kembali ke rahmatullah isteri pengasas masjid Ihsan yang saya panggil Mak Aji. Seorang yang telah mengajar saya untuk meneruskan kerja2 dakwah dan ilmu di masjid Ihsan.. satu pesanan terakhir.. janganlah berhenti dari mengajar di masjid Ihsan ni Walaupun mak Aji mati..
Tarikh Meninggal Jumaat 12.30 a.m 30 september 2011.