Sunday, October 9, 2011

Kuliah Pertama Selepas Meninggalnya Mak Aji

Minggu lepas tak dapat datang kerana hadir program KWAMP SMKB yang aku kena jadi tukang imam isya dan tukang doa.. tapi hampehhh je tak de pun slot doa. Terkilan sangat. Abang man anak mak Aji bertubi2 telefon agar dapat juga datang untuk tahlil 3 hari maknya. Tapi kerana perjawatan mengekang agar aku mendahului program sekolah.

Minggu ini aku mula pembacaan kitab Hidayus Salikin. Abe lie baca sampai muka surat kedua..iaitu kitab Hidayatul Salikin petikan dari bidayah hidayah. Sebelum memperkenalkan nama kitab-kitab lain yang boleh dijadikan panduan dalam ilmu tasauf. kehadiran agak memberansangkan walaupun asalnya hanya 3 orang.aku abe lie tok bilal dan seorang muslimah. tapi bila dah mula mengajar datang lebih kurang 20 orang dari surau jiran dan juga yang turun dari rumah termasuk pak da abe din mak aji dan lain2..abe lie goreng mee dan kak aji goreng meehoon.abe lie bungkus 3 bungkus sisa untuk keluarga dirumah yang tak dapat turut serta maghrib terlalu awal.703 minit . abe lie bagi duit zakat 50 ringgit dan abe man bagi duit minyak 65 ringgit.. Aku masukkan dalam PB 300 di perjalanan selepas beli sabun RM15.

No comments:

Post a Comment